Powered By Blogger

Wednesday, January 19, 2011

Bilal Haji Mutai

Oh, sudah pagi.


Biasa kalau dulu-dulu Haji Mutai akan laungkan azan Subuh.
Suaranya lantang dan mendayu.


Serentak dengan itu aku bangun pagi -  terkejut. 
Sebab ustaz aku cakap kalau azan tak boleh tidur atau baring.
Nanti mayat bangkit jadi babi. 
Itu yang aku ingat sangat-sangat!


Tapi sekarang bilal dah tukar. 
Tapi bukan sebab, Haji Mutai dah kurang kudrat; barangkali orang dah tak suka.


Yalah, pemilihan bukankah demokrasi.
Walau tak semua, sedikit pun jadilah. Politik kampung; almaklumlah.


Barangkali sebab dia tak lagi jadi bilal, 
Ramadhan di kampung bagi aku sudah sunyi. Tak ada lagi zikir dan ratib pagi.


Sebab aku sejak lahir, dengar satu saja taranum azan selain azan arwah bapa di telinga kanan.
Syukur juga dia masih orang guna apabila kenduri-kendara.
Lebih baik dari tak ada langsung.


Aku cerita semua ini, sebagai bukti aku anak jati desa ini!







Saturday, January 8, 2011

Monolog

3 hari sebelum cuti aku berakhir, aku balik kampung.
Jumpa keluarga. Paling penting ziarah mak aku, di samping bersembang dengan kawan-kawan sekampung.


Walaupun sekejap, namun bermakna.


Tau-tau, anak buah aku semuanya dah sekolah.


AFizi Asraf; masuk Tingkatan 1, Nissa, naik Darjah 5, Isma Darjah Dua.


Dan Oon (paling bongsu); Prasekolah.


Owh, anak saudara aku semua dah besar.


Sebetulnya, aku dah bercucu dan bercicit.
Sebab aku ada abang dan kakak tiri, berlainan ibu; tapi sebapa.
Dua-dua dah jadi atuk dan moyang.


Cuma politik kampung aku yang tak berubah.


Yang bongkak makin tamak dan rakus.


Aku tau, aku bukan sesiapa yang layak mengkritik. Tapi kesedaran cukup penting, untuk memacu perubahan dan kejayaan. Sejarah mengajar manusia, perubahan adalah gerakan orang muda.


Bila?


Aku tak mampu jawab soalan itu.
Tapi aku tau, masa itu pasti tiba. 


Apabila semuanya dah bersedia. Waktu itu orang kampung akan faham, selama ini, cakap aku bukan dusta.


Harapan aku adalah untuk tanah tumpah darah.
Desa harapan.


Biar sekarang nama aku busuk dan jjik.





Friday, December 10, 2010

Haji KOchet

Usia dia barangkali 70-an.
Aku agak-agak.
Sebab aku belum pernah tanya.

Waktu anak-anak. Dia orang tua yang paling baik pada aku. Aku sanjung dia.
Selepas tarawih, aku akan dapat 'lampang' kuih - itu pasti!
Hari raya, aku dapat pula duit raya.

Itu sepuluh tahun dulu.

Sekarang aku dah meningkat dewasa.
Dia masih lagi segak.
Cuma dia tak lagi buat perabot kayu. Mungkin dah pencen.
Tapi masih lagi enjin padi huma.
Kudrat Haji Kochet aku kagum - sama macam arwah bapak - rajin bekerja.

Bezanya, dia penduduk asal kampung ini, justeru dia ada banyak tanah. Tak macam bapak aku - orang datang. Tapi bukan mak dan nenek aku.

Masa balik, aku sempat bersembang. Bukan juga sembang kosong.
Dia sajikan aku luahan hati.

"Aku dengar cerita tanah kubur Nek Aji. Apa cerita."

"O... "
"Aku terkilan. Dia orang ambil tanah aku dan buat kubur. Tak bagitau aku pun."

"Ada orang cakap, Nek Aji wakafkan?"
"Betul. Tapi aku wakafkan 4 pajak saja. Tak lebih dari tu."

"Betul ka Nek? Pelik."
"Ya. Aku dah bawa perkara ni pada YB. Tapi dia tak boleh buat apa-apa. Kudrat aku terbatas Usup."

"Aku sedih. Aku percayakan dia mereka semua. Tapi aku pula ditipu. Dulu, aku dengar ustaz cakap. Orang yang menzalimi saudara seagama sam dengan Yahudi dan Nasrani. Aku nak balik hak aku."

"Nek Aji jangan putus asa. Hak Nek Aji perlu dipertahankan. Berjuang menuntut hak kita itu wajib."

"Aku gembira. Dalam banyak-banyak orang kat kampung ni. Cuma kau sorang yang faham perasaan Nek Aji."

Perbualan aku terhenti pabila mak aku panggil. Dia suruh aku sarapan.
Aku tinggalkan Haji Kochet dengan lara. 
Aku pesan, cari peguam. 

Sebab dia mampu. Kalau dia mahu.

Kamboh!

Subuh di kampung bagi aku begitu selesa.
Aku sempat berbual dengan Usu Perida (Farida).


Bersembang macam-macam.
Dari kisah sawit, nanas sampai tanah kubur.


Aku kesian.
Pada manusia yang khianat!
Bukan, aku bukan benci pada mereka - seAGAMA.

Aku kisahkan sedikit inti perbualan.

"Aku sedar, laki aku bukan orang kita (Melayu). Walaupun laki aku miskin, bukan sebangsa, tapi kenapa perlu ditindas."


"Sabar Su. Dah tu, macam mana?"


"Aku buat laporan polis. Aku nak balik hak aku. Tanah kubur tu dia orang buat bukan pada tanah aku. Dia orang tipu. Dia orang tukar nama pada tanah aku. Walaupun aku dah bagi balik duit dua ribu."


"Dua ribu? Tanah apa harga dua ribu?"

"Tanah kubur."

"Jadi, polis dah tangkap?"


"Dah. Tapi aku tarik balik tuduhan. Sebab dia orang dah bagi balik tanah aku."


Aku sedih.
Orang yang 'dilantik' menjaga kebajikan kampung selalu menindas. Eksploitasi kuasa.
Seolah-olah hidup ini takkan berakhir.
Takkan MATI!


Gila mereka lebih gila dari menteri yang gila!




Balik Kampung

Aku sampai kampung waktu malam.
Aku pasti tak sorang pun kawan aku tau - kecuali family dan jiran sebelah rumah.

Bila pandang muka ibu, aku doa pada Allah lalu berdoa,
"Ya Allah, rahmatilah ibuku dengan sekalian rahmat-MU."
Lalu aku hulurkan mee goreng kesukaan mak (selain kfc).

Esok lepas Subuh, aku lepak tepi jeti. 
Tempat aku selalu mandi dan berenang tiap-tiap petang.
Seraya kenangan zaman kanak-kanak menyusup keluar dari kotak memori.

Cukup indah.
Setiap inci ruang aku teroka.
Tatkala jadi saksi pembangunan kampung. 

Pak Tambang yang kepenatan.
Pak Nyot pukat.
Kayu balak.
Cina kontrak.
Kerikap,
Empunok,Mulu
Baung,Lundu',
Udang galah...

Aku  mula hanyut dalam kenangan.
Dan rasa tak ingin kembali ke pentas realiti.

Akhirnya aku pasrah, perjuangan ini mujahadah.


Friday, November 5, 2010

Dimensi Baru

Oh, kalau dulu orang bercakap tentang desa mereka secara bersembunyi.
Nah, sekarang kita bercakap dan menulis secara jantan. Ada gambar, email dan alamat yang boleh dihubungi.
Okay, kita bercakap dengan hati dan minda yang terbuka. Atas dasar wibawa yang diyakini milik sesiapa jua.
Yang penting, tiada unsur kebatilan sesama kita.

94300

...laman jatuh lagi dikenang,
ini pula laman bercanda...