Oh, sudah pagi.
Biasa kalau dulu-dulu Haji Mutai akan laungkan azan Subuh.
Suaranya lantang dan mendayu.
Serentak dengan itu aku bangun pagi - terkejut.
Sebab ustaz aku cakap kalau azan tak boleh tidur atau baring.
Nanti mayat bangkit jadi babi.
Itu yang aku ingat sangat-sangat!
Tapi sekarang bilal dah tukar.
Tapi bukan sebab, Haji Mutai dah kurang kudrat; barangkali orang dah tak suka.
Yalah, pemilihan bukankah demokrasi.
Walau tak semua, sedikit pun jadilah. Politik kampung; almaklumlah.
Barangkali sebab dia tak lagi jadi bilal,
Ramadhan di kampung bagi aku sudah sunyi. Tak ada lagi zikir dan ratib pagi.
Sebab aku sejak lahir, dengar satu saja taranum azan selain azan arwah bapa di telinga kanan.
Syukur juga dia masih orang guna apabila kenduri-kendara.
Lebih baik dari tak ada langsung.
Aku cerita semua ini, sebagai bukti aku anak jati desa ini!
:) nukilan di pagi hari kah??
ReplyDeleteye2,,
ReplyDeletepagi subuh.
yang syahdu.
aku teringat masa belajar zikir "Waa Elaa" dan "Sallorabbuna" dengan beliau. Terima kasih tuan Haji... Kerana sangat tabah mengajar kami.
ReplyDelete