Powered By Blogger

Wednesday, February 9, 2011

Belajar Dari Dayak



Pernah sekali pergi ke Kampung Temong Putah, Tebedu, Serian.
Perkampungan Bidayuh. 


Makmur sungguh. 


Makmur.




Aku bermalam di situ - berapa hari. 
Persis suasana desa aku awal tahun 90-an.


Selalu juga bertandang ke Kampung Pichin. 
Masih sekitar Tebedu.


Wow, kesatuan mereka lagi hebat. 
Siap ada koperasi sendiri. Menjana ekonomi bersama.


Apa yang dibeli; keuntungan yang dijana, mengalir ke poket ahli-ahli. Bukan ke akaun perseorangan.


Menurut seorang pemuda berpengaruh bernama Thomas, ketelusan kewangan koperasi Desa itu dijamin
sebab dipantau dengan rapi.


Ironi dengan desa Bidayuh lain yang biasa kita lihat, Kampung Tembawang jauh lebih terkehadapan. Penduduknya intelektual dan berwawasan.
Warganya membina sebuah 'Taman' di desa pedalaman. Rumah tanpa pagar besi, tapi dipagari dusun buah-buahan.


Kampung Dayak Tembawang, Bau.
Selain dari Kampung Opar dan Kampung Tembawang Islam. 


Semua ini di sekitar daerah Bau.


Kampung Dayak Tembawang, Bau.





Sengaja aku pilih contoh yang agak jauh dari desa sendiri. 
Dan kaum Dayak sebagai perbandingan.


Tapi aku takut orang hanya tahu dan kenal Dayak yang ada di Kampung Soh dan Kampung Betong sahaja. 


Alasan aku, mudah. Biar terbuka mata hati dan jiwa. 
Pemikiran Dayak ini walaupun agak terbatas dengan adat resam nenek moyang, tapi begitu kuat dalam mempertahankan nilai-nilai tradisi dan hak.


Isu tanah umpamanya.
Mereka bulat suara dan bulat tekad dalam berjuang untuk itu. Mereka mahu tradisi 'berdagang' diteruskan. Ada tanah untuk bercucuk tanam dan berniaga. Itu sudah memadai. Dan kalau nak buat ladang, sudah pasti berskala besar. Ketua mereka tetap vokal.


Bagi mereka tanah ini maruah pusaka. 
Pantang diusik.
Pasar Gading, Lundu.
Dayak berniaga, Melayu pembeli.
Aku harap, desa kita juga demikian. Kalau tidak hari ini. Barangkali suatu hari nanti. 
Dan aku tahu, sudah ada gerakan yang berusaha ke arah itu.
Syabas untuk mereka!

Jangan lupa dapatkan juga 'nama' untuk desa kita. 
Sedih, dalam Google maps, tak ada pun nama desa kita. 

Aku pesan mak aku, tak payahlah masuk PELITA. 
Mak aku angguk. 
Tanda dia faham.


.

3 comments:

  1. PELITA ya apa usop? Cb ko bkk sigek cita psl pelita tok..x prnh dngr aku eh..haha

    ReplyDelete
  2. Er, PELITA. Orait. Asanya lidah rasmi kg Mang, (Mangmaju 2020) ada padah sik salah aku. Anwy, lak la aku carik hal ia. Aku dah emel sidak MDS juak. Tnyak hal peruntukan Sukan/rekreasi & tanah lot. P blum ada feedback. Besalah, web site kerajaan. Slow skit. hehhee..

    ReplyDelete
  3. I have really read this blog completely and this incident has undergone after a long time. At all, I have felt to bookmark it as this article is awesome.

    ReplyDelete

Catatan