KUCHING: Barisan pe-mimpin pakatan pembangkang dalam ‘kabinet bayangan’ diingatkan agar menyuarakan sesuatu yang bersifat membina demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat tetapi bukan untuk kepentingan politik.
Menteri di Pejabat Ke-tua Menteri Datin Fatimah Abdullah berkata, perkara-perkara yang diutarakan dan diputar-belitkan untuk kepentingan politik tidak akan mendatangkan manfaat kepada rakyat.
“Kabinet bayangan bukan sesuatu yang baru, ia dipraktikkan di tempat-tempat lain di dunia ini.“Bagi saya yang perlu diingatkan apa-apa yang dikritiskan misalnya dari segi perbahasan terutama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) perlulah sesuatu yang bersifat membina iaitu berlandaskan fakta,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kabinet bayangan dengan melantik Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Wong Ho Leng sebagai ketua pembangkang negeri.
Semalam akhbar menyiarkan, pakatan pembangkang mengumumkan barisan kabinet bayangan bagi memantau prestasi menteri-menteri dan menteri muda di Sarawak berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Fatimah dengan perbahasan yang membina ia juga memperbaiki keadaan, kelemahan, memberi maklumat dengan tujuan ikhlas iaitu mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan masa kini.
Katanya sistem penyam-paian yang lebih baik, cekap, efisien di mana kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah merupakan perkara utama yang harus ditekankan.
“Jika itu atau perbahasan berlandaskan niat (kepen-tingan rakyat) tersebut, berlandaskan kepada fakta dan bukan sebab kepentingan politik..kita alukan kerana selepas ini semua ia pasti sesuatu yang kita mahukan.“Kita mahu kemajuan memberi manfaat kepada rakyat tidak ada yang lain…untuk kesejahteraan, kemajuan dan kebajikan rakyat kita,” tegas Fatimah.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat, terdahulu menyampaikan cek geran MRP2011 kepada tujuh penerima iaitu Wisma Hikmah, Sekolah Kebangsaan (SK) St Theresa, Persatuan Wanita India Sarawak, Persatuan Karyawan Sastera Sarawak (PEKASA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Masjid Darul Iman Kampung Sri Arjuna dan Kelab Kebudayaan Jasmani Ho Soon dengan jumlah keseluruhan RM73,000.
UTUSAN SARAWAK