Aku selak 'wajah buku' yang dah lama aku tak tengok.
Lalu aku ziarah laman kumpulan yang tertera nama aku sebagai ahli. Kumpulan desa aku. Kalau untuk Lisa Surihani aku sanggup sokong, bagi desa kelahiran aku, tidak ada alasan untuk aku sombong.
Itu pendirian aku.
Dalam banyak-banyak, ada satu entri aku yang mendapat perhatian teman-teman.
Sekalung penghargaan aku ucapkan, sebab sudi ziarah blog kerdil aku.
Pertama kata, aku bina laman ini sebagai ekpresi aku. Sebagai anak watan. Dan dalam sekalian banyak rona dan rencah hidup masyarakat yang bergelut merempuh persekitaran mapan.
Agar generasi akan datang boleh melihat segala yang berlaku. Sekaligus menaakaul dengan akal fikir yang telus dan persis.
Cerita salah seorang teman, tanah Usu Pida memang sudah diambil kerajaan untuk tanah kubur. Ikut harga asal. Itu hujah beliau.
"Dia nekad mau ambil balik sebab mata dia naik kemilau tanah kampung naik harga."
Setahu aku, Usu Pida siap ambil lawyer.
Tapi aku tak tau, asalnya.
Waktu dia bagi tahu, aku cuma dengar dia buat report polis. Dan dia tak bagitau aku pun sesiapa.
Tak silap aku, 2 tahun lepas aku pernah jumpa orang berkenaan yang berautoriti.
Dia siap bagi liminated document. Warna putih.
Aku perasan riak wajahnya sedikit gusar dengan soalan nakal aku. Barangkali.
Aku baca sekilas.
Pada hujung surat itu, ada tanda tangan Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hasan. Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II.
Itu alibi yang dah cukup kukuh, dia tegaskan.
Pada satu lampiran lain, ada surat ukur. Aku mahu baca, tapi dia tak bagi, baragkali takut aku tak faham.
Aku malas tanya panjang-panjang - sebab aku boleh baca nada dan riak mukanya yang tak selesa.
Dari feedback baharu, Usu Pida yang bersalah. Itu kesimpulan mereka. Maksudnya, aku dipengaruhi kesan emosi yang dimainkan justeru melabelkan dia yang benar. Hingga aku ikut menyalahkan pihak yang lain. Tapi dalam hal ini, terpulanglah kepada anda untuk menilai. Aku masih neutral.
Menurut hukum demokrasi, suara terbanyak itu yang benar. Persis kes DSAI, beliau dihukum melalui cara demikian. Persepsi masyarakat terbanyak.
Dalam hal ini, kejayaan terbesar didukung oleh barisan media pemerintah.
Berbalik isu entri aku, aku terima semua pandangan yang membina.
Cuma aku kurang setuju dengan serangan peribadi mahupun nista keji.
Kita berbincang dalam suasana kemasyarakatan yang dilaung-laungkan sebagai harmonis. Tapi aku tak tuduh sapa-sapa yang mengeji. Macam lagu Anna Raffali, "Tolong ingatkan Aku".
Begitulah.
Sifir aku mudah; bangkai busuk, kalau disimpan, lama-lama orang akan hidu.
Yang hak akan tegak jua mengalahkan kebatilan.
Berani kerana benar, bukan begitu?
Tugas aku cuma di sini.
Utama, sekalian banyak peristiwa;kita kutip hikmah yang tersembunyi.
Noktah.
.