Powered By Blogger

Friday, December 10, 2010

Haji KOchet

Usia dia barangkali 70-an.
Aku agak-agak.
Sebab aku belum pernah tanya.

Waktu anak-anak. Dia orang tua yang paling baik pada aku. Aku sanjung dia.
Selepas tarawih, aku akan dapat 'lampang' kuih - itu pasti!
Hari raya, aku dapat pula duit raya.

Itu sepuluh tahun dulu.

Sekarang aku dah meningkat dewasa.
Dia masih lagi segak.
Cuma dia tak lagi buat perabot kayu. Mungkin dah pencen.
Tapi masih lagi enjin padi huma.
Kudrat Haji Kochet aku kagum - sama macam arwah bapak - rajin bekerja.

Bezanya, dia penduduk asal kampung ini, justeru dia ada banyak tanah. Tak macam bapak aku - orang datang. Tapi bukan mak dan nenek aku.

Masa balik, aku sempat bersembang. Bukan juga sembang kosong.
Dia sajikan aku luahan hati.

"Aku dengar cerita tanah kubur Nek Aji. Apa cerita."

"O... "
"Aku terkilan. Dia orang ambil tanah aku dan buat kubur. Tak bagitau aku pun."

"Ada orang cakap, Nek Aji wakafkan?"
"Betul. Tapi aku wakafkan 4 pajak saja. Tak lebih dari tu."

"Betul ka Nek? Pelik."
"Ya. Aku dah bawa perkara ni pada YB. Tapi dia tak boleh buat apa-apa. Kudrat aku terbatas Usup."

"Aku sedih. Aku percayakan dia mereka semua. Tapi aku pula ditipu. Dulu, aku dengar ustaz cakap. Orang yang menzalimi saudara seagama sam dengan Yahudi dan Nasrani. Aku nak balik hak aku."

"Nek Aji jangan putus asa. Hak Nek Aji perlu dipertahankan. Berjuang menuntut hak kita itu wajib."

"Aku gembira. Dalam banyak-banyak orang kat kampung ni. Cuma kau sorang yang faham perasaan Nek Aji."

Perbualan aku terhenti pabila mak aku panggil. Dia suruh aku sarapan.
Aku tinggalkan Haji Kochet dengan lara. 
Aku pesan, cari peguam. 

Sebab dia mampu. Kalau dia mahu.

Kamboh!

Subuh di kampung bagi aku begitu selesa.
Aku sempat berbual dengan Usu Perida (Farida).


Bersembang macam-macam.
Dari kisah sawit, nanas sampai tanah kubur.


Aku kesian.
Pada manusia yang khianat!
Bukan, aku bukan benci pada mereka - seAGAMA.

Aku kisahkan sedikit inti perbualan.

"Aku sedar, laki aku bukan orang kita (Melayu). Walaupun laki aku miskin, bukan sebangsa, tapi kenapa perlu ditindas."


"Sabar Su. Dah tu, macam mana?"


"Aku buat laporan polis. Aku nak balik hak aku. Tanah kubur tu dia orang buat bukan pada tanah aku. Dia orang tipu. Dia orang tukar nama pada tanah aku. Walaupun aku dah bagi balik duit dua ribu."


"Dua ribu? Tanah apa harga dua ribu?"

"Tanah kubur."

"Jadi, polis dah tangkap?"


"Dah. Tapi aku tarik balik tuduhan. Sebab dia orang dah bagi balik tanah aku."


Aku sedih.
Orang yang 'dilantik' menjaga kebajikan kampung selalu menindas. Eksploitasi kuasa.
Seolah-olah hidup ini takkan berakhir.
Takkan MATI!


Gila mereka lebih gila dari menteri yang gila!




Balik Kampung

Aku sampai kampung waktu malam.
Aku pasti tak sorang pun kawan aku tau - kecuali family dan jiran sebelah rumah.

Bila pandang muka ibu, aku doa pada Allah lalu berdoa,
"Ya Allah, rahmatilah ibuku dengan sekalian rahmat-MU."
Lalu aku hulurkan mee goreng kesukaan mak (selain kfc).

Esok lepas Subuh, aku lepak tepi jeti. 
Tempat aku selalu mandi dan berenang tiap-tiap petang.
Seraya kenangan zaman kanak-kanak menyusup keluar dari kotak memori.

Cukup indah.
Setiap inci ruang aku teroka.
Tatkala jadi saksi pembangunan kampung. 

Pak Tambang yang kepenatan.
Pak Nyot pukat.
Kayu balak.
Cina kontrak.
Kerikap,
Empunok,Mulu
Baung,Lundu',
Udang galah...

Aku  mula hanyut dalam kenangan.
Dan rasa tak ingin kembali ke pentas realiti.

Akhirnya aku pasrah, perjuangan ini mujahadah.