Powered By Blogger

Tuesday, February 8, 2011

Retrogresif - Suatu Catatan



Dalam bidang antropologi, terdapat istilah progresif dan retrogresif.


Retrogresif ialah satu kaedah atau keadaan yang bersifat pencerapan melalui segala macam peristiwa yang sudah berlaku sebelumnya. 


Kalau dalam asas penulisan kreatif, ia dikenali sebagai teknik imbas kembali. 
Atau seperti kaedah arkeologi yang mengkaji kebudayaan melalui kesan-kesan sejarah lampau.


Namun, semua ini menarik.


Dengan menyoroti segala macam peristiwa yang telah berlaku.
Dan dengannya kita akan menjadi dewasa.


Boleh jadi juga hati jadi sakit. 
Atau fikiran jadi lebih sempit; tak berkembang.
Namun itu bukan tujuan akhir. Kerana nilai ukhwah itu jauh lebih berharga dari segala kehebatan.


Lebih dari itu, akal fikir kita lebih matang menilai. 


Aku kisahkan peristiwa anak Guru Besar - Cikgu Yusop Mahli (maaf aku lupa nama anak lelaki beliau) yang jatuh dalam sungai desa. Sekitar tahun 1996. 
Dengan masih berkasut kulit hitam, beliau lantas terjun dengan niat untuk menyelamatkan anak tersayang.
Namun, Usu Koeng terlebih dahulu bertindak pantas menongkah arus deras. 


Waktu itu orang kampung sedang sama-sama menunggu untuk membeli 'ikan mulu' dan 'empunok' - waktu harganya masih RM1 sekilo.


Masih segar lagi ingatan aku sekitar dasawarsa yang sama - ayahanda Tuan Haji Johari sebagai Penghulu.
Kerajaan bercadang untuk membina jambatan menghubungkan desa asal dengan desa seberang. Lagi mudah anak-anak desa jiran bersekolah.


Waktu itu aku sudah membayangkan betapa mudahnya untuk aku bermain sampai ke kedai Ngah Haji Tol. 
Namun cadangan itu ditolak, atas sebab-sebab yang wajar dan keselamatan. 


Barangkali juga aktiviti pembalakan yang begitu giat dijalankan serta kapal/tongkang yang keluar masuk sungai menjadi punca utama. Wallahu'alam.


Oh, lagi satu. 
Masa itu ngail udang galah begitu mudah. 
Dan orang desa cukup rajin ke hulu sungai, menjala ikan mulu bila air surut!


Tak ada rasa takut kalau buaya 'ngap'. 
Tak ada juga rasa benci bila perahu selisih haluan.


Noktah.
.



No comments:

Post a Comment

Catatan