Powered By Blogger

Friday, December 10, 2010

Haji KOchet

Usia dia barangkali 70-an.
Aku agak-agak.
Sebab aku belum pernah tanya.

Waktu anak-anak. Dia orang tua yang paling baik pada aku. Aku sanjung dia.
Selepas tarawih, aku akan dapat 'lampang' kuih - itu pasti!
Hari raya, aku dapat pula duit raya.

Itu sepuluh tahun dulu.

Sekarang aku dah meningkat dewasa.
Dia masih lagi segak.
Cuma dia tak lagi buat perabot kayu. Mungkin dah pencen.
Tapi masih lagi enjin padi huma.
Kudrat Haji Kochet aku kagum - sama macam arwah bapak - rajin bekerja.

Bezanya, dia penduduk asal kampung ini, justeru dia ada banyak tanah. Tak macam bapak aku - orang datang. Tapi bukan mak dan nenek aku.

Masa balik, aku sempat bersembang. Bukan juga sembang kosong.
Dia sajikan aku luahan hati.

"Aku dengar cerita tanah kubur Nek Aji. Apa cerita."

"O... "
"Aku terkilan. Dia orang ambil tanah aku dan buat kubur. Tak bagitau aku pun."

"Ada orang cakap, Nek Aji wakafkan?"
"Betul. Tapi aku wakafkan 4 pajak saja. Tak lebih dari tu."

"Betul ka Nek? Pelik."
"Ya. Aku dah bawa perkara ni pada YB. Tapi dia tak boleh buat apa-apa. Kudrat aku terbatas Usup."

"Aku sedih. Aku percayakan dia mereka semua. Tapi aku pula ditipu. Dulu, aku dengar ustaz cakap. Orang yang menzalimi saudara seagama sam dengan Yahudi dan Nasrani. Aku nak balik hak aku."

"Nek Aji jangan putus asa. Hak Nek Aji perlu dipertahankan. Berjuang menuntut hak kita itu wajib."

"Aku gembira. Dalam banyak-banyak orang kat kampung ni. Cuma kau sorang yang faham perasaan Nek Aji."

Perbualan aku terhenti pabila mak aku panggil. Dia suruh aku sarapan.
Aku tinggalkan Haji Kochet dengan lara. 
Aku pesan, cari peguam. 

Sebab dia mampu. Kalau dia mahu.

No comments:

Post a Comment

Catatan