Powered By Blogger

Thursday, February 24, 2011

Rupanya Tulis Surat Mesti Ada Setem

Rasanya ada beberapa email yang dah dihantar kepada pihak yang berautoriti.
Berkenaan isu dan masalah yang banyak orang ingin tahu.
 
MDS dan Pejabat Daerah Samarahan.

Satupun tak ada maklum balas.

Mungkin mereka mahu surat rasmi. Ada setem gambar Dato Najib.
Lecehlah nak tulis surat guna cara konvensional.
Setem pun dah  RM1 dua puluh sen untuk dua sampul. 

Hantar 10 email pun tak sampai satu hari tunggu sampai. 
Oh,banyak kerja barangkali. 
erm...

HARI DAH SENJA - PATUT AYAM DAH MASUK REBAN

Hari dah senja. 
Anak ayam mesti balik reban.
Lebih lagi bapak ayam.
Induk ayam. Boleh belajar kitab kuning sampai Subuh. Tulisan Jawi. Kalau boleh baca Rumi sikit,buka blog; layan FB.
Hati-hati, merah senja. Bukan boleh buat main-main.
Bahaya. 
Sebab nanti datang pulak Iblis Syaitan.
hasut buat fitnah dosa. 


Kalau dekat kalan tu, baik-baik memancing,
jangan ikut sangat hati. Cakap jangan lepas. Nanti tak pasal-pasal mati lemas.
Tengok orang judi duit, judi nasib; lari jauh-jauh. Tak pasal-pasal tidur lokap SEMINGGU. 
Tapi kalau tak main judi pun, boleh tidur lokap jugak 7 HARI.


Petang sebelum malam, sihatkan tubuh dan jiwa dengan sukan bola.
Tapi hati kena terang bergaul.
Takkan sebab langgar bahu dari belakang, kaki tergesel,
paling teruk pun tackle masa rebut bola - terus masam muka tak bersapa? Esok-esok jumpa balik dekat simpang yang sama. Buat biasa-biasa - macam Fernando Torres jumpa Steven Gerrard kat Stamford Bridge.


Bila ada kenduri, ringankanlah tulang.
Sebab ada manfaat. Biasa aku tengok, puak Timur kurang semangat kalau ada majlis di sebelah Barat.
Ada juga puak dan suku-sakat sesama jurai sengketa? 
Kalau tak suka pun, umpat diam-diam.
Jangan tuding-tuding jari. 


Kalau betul jalan,
mati esok boleh senyum lebar
jumpa Tuhan.


Titik.

Saturday, February 19, 2011

Aksara


Untuk 
aku 
eja 
saya ini pun,
aku 
perlu 
berfikir
dengan 
akal.

Inikan 
pula 
satu
wacana
ilmiah.

Tak 
kisahlah
kalau 
kamu 
tafsir
tanpa akal;
atau
punya
ekspresi
sendiri.

Aku 
mahu
jitu dan persis.

Dalam
menilai,
bukannya 
emosi
melulu atau tohmah
semata.

Kewajaran
setiap 
laku;
cerminan
nilai 
dan 
sahsiah
insan.

Yang 
punya kurnia
Tuhan
Rabbul Jalil
Maha 
Bijaksana.

Aku
sedar,
tiap 
aksara 
yang 
aku catat
ada hitung
kira,
bilang,
eja,
timbang,
sukat,
tanpa
satu
huruf
pun yang tertinggal
atau
tersekat.

Dengan
itu,
tiap
laku,
perlu 
niat,
suci 
dan 
berkat,
kerana-
Nya.

.
.
.
.
.




Monday, February 14, 2011

KATA



Demikian banyak 
kata, aku tak ingin berluka.
Untuk sebuah kekusutan
Iblis!


Yaa Sin dan Ayatul Kursi
takkan lut pada tubuh 
mereka 
yang kebal 
Iblis!

Separuh Dekad Dulu . . .

Lama tak bersua.
Teman sedesa.

Bila bertemu. Sembang sampai embun jantan menitik.

Dalam rancak bersembang, teringat saat masing-masing masih belasan tahun.
Sama-sama hafal lagu nasyid.
Gurunya Abang Hamdan - bekas penyanyi indie band.
Juga penyanyi nasyid yang hebat.

 Lagu Iman dan Amal cukup mencabar untuk kami bawa nama desa berentap di Dewan Suarah Samarahan.
Tapi, atas kerjasama teman-teman, Morni, Cot, Ahoi, Keteng, Arol, Amat dan Ajim, lagu itu membawa tuah. Lebih-lebi lagi Cot yang pernah bertanding peringkat negara.

Akhirnya, kami dinobatkan sebagai Naib Johan.
Beza markah dengan Juara cuma satu markah.

Bagaikan bermimpi, kami semua cukup bersyukur.
Ayahanda Penghulu Awang Jabai tumpang gembira dengan kejayaan itu sebab beliau juga hadir memberikan sokongan.

Alhamdulillah.
Usaha kami berbaloi.

Dengan wang yang ada kami dapat, kami buat sedikit majlis doa selamat - ditambah lagi dengan insentif daripada JKKK.

Bila tiba program Maulid Nabi, kami dijemput untuk perform depan orang desa.
Terima kasih, sudi jemput.

Sekarang ini, aku harapkan masih ada lagi belia yang sanggup teruskan usaha yang kami mulakan.
Untuk buktikan, desa kita tetap hebat!

Thursday, February 10, 2011

"Berjanji Malam Dimakan Tikus, Berjanji Siang Dicakar Ayam"



Sebab dari kecik aku suka dengar cerita orang tua-tua - aku jadi kritis. Menelaah setiap butir bicara mereka dengan imaginasi anak-anak.


Dan juga mula meminati sastera dan budaya sejak kecil.
Satu peribahasa yang aku hafal dari lidah mereka,



"Berjanji malam dimakan tikus, berjanji siang 'dikareh' manok."







Pada mulanya aku sedikit keliru dengan tamsilan Mak Tua aku dan teman-teman. Bila baca banyak buku-buku, baru aku tau rupanya pengamatan mereka begitu teliti. 


Dan bidalan itu, merujuk kepada manusia yang berjanji.


Oh, begitu!


Ada serangkai kisah menarik yang masih lagi segar di ingatanku. Yang aku bawa bersama merentas Laut China Selatan. 


Kisah SAtu.


Pasar Satok macam biasa, sentiasa sibuk. Tapi hari itu, ada beberapa orang pegawai bank yang datang. Mereka datang dengan tujuan. Polisi mereka kali ini membenarkan mana-mana peniaga untuk membuat pinjaman mudah. 


Dengan syarat, mereka mendapat komisen dari setiap orang yang membuat pinjaman perniagaan. Prasyarat amat mudah. Ada surat gerai, ambik gambar sikit, sudah dapat kelulusan. Peniaga yang awalnya tak mahu pinjam pun jadi nak.


Plan mereka awl-awal lagi tak nak bayar. Bukan salah mereka juga. Pegawai itu yang beria-ia benar.


Wang. Siapa yang tak nak? Bukan begitu?


Kisah Dua.


Dewan masyarakat sedikit kecoh.
Walaupun ada anak kecil, tapi orang-orang dewasa lebih banyak bersuara berbanding anak-anak.


Walaupun Parti Cap Kelapa Sawit menang mengalahkan Dacing, tapi kerajaan masih lagi sudi bagi peruntukan dari Persekutuan. Bukan sikit. Juta-juta.


Dan kalangan yang hadir hari itu sebab ada Mesyuarat Agong bagi penggal berakhir 2006 - serta beberapa isu berbangkit.


Suasana jadi kecoh apabila wujud contradicting demands. Percanggahan tuntutan yang memerlukan undian sebagai alternatif.


Tapi jauh sebelum itu, sudah ada keputusan yang dibuat. Yang jelas membelakangi pihak berautoriti. Maksudnya sudah ada pungutan tandatangan sebilangan penduduk desa telah dibuat.


"Bukanlah kita nak menidakkan sumbangan FELCRA kepada desa kita. Kalau tak ada FELCRA, mana mungkin desa kita ada jalan berturap."


Satu suara mencelah.


"Apapun, kita harus akui, bahawa IADP itu agensi kerajaan sepenuhnya. Bantuan semuanya adalah percuma. Dan FELCRA pula pihak swasta. Yang dijana adalah keuntungan sepenuhnya. Lagi pula, PELITA akan masuk sebagai orang tengah yang buat duit atas angin."


"Dah berpuluh tahun mereka mengaut hasil, berapa saja dividen yang kita dapat?"


Aku yang berdiri mula mengatur kertas undi yang akan dibuat sebagai kata putus pertikaian tersebut. Tugas aku setakat di situ selain turut membuat undian.


Janji awal mereka, setelah undian dibuat, semua akan akur pada keputusan terbanyak.


Dan setelah itu, sebulat suara telah memilih IADP sebagai alternatif.


Tapi, sebilangan daripada mereka keluar dewan mesyuarat. Tanda protes. 


Aku yang masih berdiri cuma mampu memandang dari tepi.


Natijah daripada protes itu, keputusan akhir tidak dapat dibuat kerana menurut hukum mesyuarat, bilangan yang hadir dan mengundi perlu dicatat secara rasmi dalam minit mesyuarat bagi tujuan pengesahan.


Yang berlaku sebaliknya.


Selepas itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi meletak jawatan secara sukarela sebagai menghormati demokrasi - termasuk aku. 


Hingga hari ini, segala sumbangan mereka masih lagi terpahat dalam lipatan sejarah.


Tapi kini, kalian bunuh demokrasi yang suatu ketika hidup subur.


Penutup.
Dari dua kisah di atas, sama-sama kita muhasabah. Barangkali dapat belajar, mengenal kaca dan permata.


Lagi satu, masyarakat kita sinonim dengan istilah, 
"Janji Melayu".


Catatan penulis: Dari pengalaman sebenar penulis dan sumber.


Titik.


.





Wednesday, February 9, 2011

Belajar Dari Dayak



Pernah sekali pergi ke Kampung Temong Putah, Tebedu, Serian.
Perkampungan Bidayuh. 


Makmur sungguh. 


Makmur.




Aku bermalam di situ - berapa hari. 
Persis suasana desa aku awal tahun 90-an.


Selalu juga bertandang ke Kampung Pichin. 
Masih sekitar Tebedu.


Wow, kesatuan mereka lagi hebat. 
Siap ada koperasi sendiri. Menjana ekonomi bersama.


Apa yang dibeli; keuntungan yang dijana, mengalir ke poket ahli-ahli. Bukan ke akaun perseorangan.


Menurut seorang pemuda berpengaruh bernama Thomas, ketelusan kewangan koperasi Desa itu dijamin
sebab dipantau dengan rapi.


Ironi dengan desa Bidayuh lain yang biasa kita lihat, Kampung Tembawang jauh lebih terkehadapan. Penduduknya intelektual dan berwawasan.
Warganya membina sebuah 'Taman' di desa pedalaman. Rumah tanpa pagar besi, tapi dipagari dusun buah-buahan.


Kampung Dayak Tembawang, Bau.
Selain dari Kampung Opar dan Kampung Tembawang Islam. 


Semua ini di sekitar daerah Bau.


Kampung Dayak Tembawang, Bau.





Sengaja aku pilih contoh yang agak jauh dari desa sendiri. 
Dan kaum Dayak sebagai perbandingan.


Tapi aku takut orang hanya tahu dan kenal Dayak yang ada di Kampung Soh dan Kampung Betong sahaja. 


Alasan aku, mudah. Biar terbuka mata hati dan jiwa. 
Pemikiran Dayak ini walaupun agak terbatas dengan adat resam nenek moyang, tapi begitu kuat dalam mempertahankan nilai-nilai tradisi dan hak.


Isu tanah umpamanya.
Mereka bulat suara dan bulat tekad dalam berjuang untuk itu. Mereka mahu tradisi 'berdagang' diteruskan. Ada tanah untuk bercucuk tanam dan berniaga. Itu sudah memadai. Dan kalau nak buat ladang, sudah pasti berskala besar. Ketua mereka tetap vokal.


Bagi mereka tanah ini maruah pusaka. 
Pantang diusik.
Pasar Gading, Lundu.
Dayak berniaga, Melayu pembeli.
Aku harap, desa kita juga demikian. Kalau tidak hari ini. Barangkali suatu hari nanti. 
Dan aku tahu, sudah ada gerakan yang berusaha ke arah itu.
Syabas untuk mereka!

Jangan lupa dapatkan juga 'nama' untuk desa kita. 
Sedih, dalam Google maps, tak ada pun nama desa kita. 

Aku pesan mak aku, tak payahlah masuk PELITA. 
Mak aku angguk. 
Tanda dia faham.


.

Tuesday, February 8, 2011

Retrogresif - Suatu Catatan



Dalam bidang antropologi, terdapat istilah progresif dan retrogresif.


Retrogresif ialah satu kaedah atau keadaan yang bersifat pencerapan melalui segala macam peristiwa yang sudah berlaku sebelumnya. 


Kalau dalam asas penulisan kreatif, ia dikenali sebagai teknik imbas kembali. 
Atau seperti kaedah arkeologi yang mengkaji kebudayaan melalui kesan-kesan sejarah lampau.


Namun, semua ini menarik.


Dengan menyoroti segala macam peristiwa yang telah berlaku.
Dan dengannya kita akan menjadi dewasa.


Boleh jadi juga hati jadi sakit. 
Atau fikiran jadi lebih sempit; tak berkembang.
Namun itu bukan tujuan akhir. Kerana nilai ukhwah itu jauh lebih berharga dari segala kehebatan.


Lebih dari itu, akal fikir kita lebih matang menilai. 


Aku kisahkan peristiwa anak Guru Besar - Cikgu Yusop Mahli (maaf aku lupa nama anak lelaki beliau) yang jatuh dalam sungai desa. Sekitar tahun 1996. 
Dengan masih berkasut kulit hitam, beliau lantas terjun dengan niat untuk menyelamatkan anak tersayang.
Namun, Usu Koeng terlebih dahulu bertindak pantas menongkah arus deras. 


Waktu itu orang kampung sedang sama-sama menunggu untuk membeli 'ikan mulu' dan 'empunok' - waktu harganya masih RM1 sekilo.


Masih segar lagi ingatan aku sekitar dasawarsa yang sama - ayahanda Tuan Haji Johari sebagai Penghulu.
Kerajaan bercadang untuk membina jambatan menghubungkan desa asal dengan desa seberang. Lagi mudah anak-anak desa jiran bersekolah.


Waktu itu aku sudah membayangkan betapa mudahnya untuk aku bermain sampai ke kedai Ngah Haji Tol. 
Namun cadangan itu ditolak, atas sebab-sebab yang wajar dan keselamatan. 


Barangkali juga aktiviti pembalakan yang begitu giat dijalankan serta kapal/tongkang yang keluar masuk sungai menjadi punca utama. Wallahu'alam.


Oh, lagi satu. 
Masa itu ngail udang galah begitu mudah. 
Dan orang desa cukup rajin ke hulu sungai, menjala ikan mulu bila air surut!


Tak ada rasa takut kalau buaya 'ngap'. 
Tak ada juga rasa benci bila perahu selisih haluan.


Noktah.
.



Monday, February 7, 2011

Politik & Budaya: Suatu Tinjauan Awal

Usia aku bukanlah cukup dewasa. 
Masih awal 20-an. 
Anak-anak.

Walau gemilang mana sekalipun negeri orang, desa aku tetap nombor wahid.
Secara peribadi, desa aku paling istimewa.

Unik. 

Kebudayaannya terpelihara. 
Ada lagi budaya 'menurun dulang' bila hari raya, Tujuh Likur dan lain-lain ritual islamic kalenderical
Tak kisahlah, sama ada rite de passage seperti pengilan, mahu pun wali matul urus yang lain.
Pokoknya, nilai budaya itu masih ada.

Namun, sejarah membuktikan, di sekitar lingkaran kehidupan itu terdapat satu dorongan yang amat kuat bagi kita untuk berpecah dan memerlukan bantuan orang lain untk mencari kerasionalan kesatuan dan perpaduan.


Dan atas asas politik itu adalah satu gerak kerja yang berunsurkan; 
sebarang kegiatan yang ada hubungan nya dengan pengambilan keputusan mengenai pembahagian sumber-sumber dan ganjaran serta keputusan mengenai cara-cara mengatur kehidupan bermasyarakat. 
(Prof. Dr Firdaus Abdullah). 
Maka itu wujud konflik yang menjalari pergolakan masyarakat.
Di sini jelas, apabila sesuatu kegiatan politik mencapai satu intensity atau kehebatan yang tinggi - istilah itu menjadi lebih signifikan - atau disebut sebagai perjuangan justeru memandu kepada sekalian perjuangan yang lain dan bercapah-capah. Tidak hairanlah, petatah Melayu menyebut, sambil menyelam minum air.
Kalau istilah tempatan, 'menyelam' itu menghasilkan konotasi yang berbeza.
Berbalik kepada senario politik desa kita yang tercinta; hal ini mempunyai kesinambungan. 

Dalam kerencaman makna politik yang luas, mahu tidak mahu kita perlu akui bahawa seluruh kitaran hidup kita berlegar dalam ruang politik yang terbina dan terjalin semenjak wujudnya sesebuah masyarakat lagi.
Apabila satu-satu pihak saling mempengaruhi antara satu sama lain, secara tidak langsung, wujud unsur-unsur politik.

Politik bukan sekadar 'undi' dan 'pangkah'. 'Dacing' atau 'bulan'.

Bahkan lebih dari itu.

Suatu ketika dulu aku pernah bersembang dengan mantan Pemuda PBB desa. Usaha dan cara untuk mengembalikan kesatuan pemuda. Aku sekadar ketawa. Dalam nada yang berseloroh, aku jawab, 

"Kita buat acara sukan bola saban tahun."

"Oh, itu bukan kerja mudah. Rumit."

"Tapi tak susah kalau kita bersatu. Boleh jadi."

"Jangankan nak anjur sukan besar-besar. Mesyuarat pun jarang-jarang. Rotong-royong potong rumput padang lagilah tak ada orang."

Aku cuma senyum.
Terkenangkan keletah kami anjur Piala Konfederasi 7 Penjuru
Waktu mula-mula Manthez Fc ditubuhkan. 
1 Jun 2006. Coach kami kalau tak silap Abang Johari (Joe) LANDAS.


Sekadar gambar hiasan sahaja.


Kutip wang sendiri, potong rumput padang bola yang penuh lalang. 
Yang ada, Sam Cook, Arol, Wa Ajis, Ebil dan beberapa orang teman-teman.
Pinjam engine rumput Abang Mud, sampai mata pemotong jadi tumpul.

Dalam segala hal, semangat kekitaan desa aku masih utuh. Sekurang-kurangnya sekitar dekad yang terhampir.

Namun aku sedikit gusar. 

Institusi desa mula goyah. Barangkali dirempuh globalisasi. Atau sekadar tanggapan liar aku semata-mata.

Namun, dalam banyak-banyak andaian, aku lihat semua mahu pembaharuan. 
Dalam erti kata yang sebenarnya. 
Menyeluruh.

Bukan separuh-separuh.

Macam lagu zikir marhaban, lagu lama orang dah tak nak bawa. Bosan katanya.
Di situ, sudah timbul konflik. 
Ada yang merajuk.

Tapi ada satu benda nampak sedikit gempak
Hadrah desa sedikit meriah. Adul Sedek dah pukul drum.
Dengan baju batik rasmi baharu mereka.
Dulu aku main 'tukuk 6' saing dengan Anjang Drahman Tahir 'tukuk 7' dan 'anak sungei'.


Sekadar gambar hiasan sahaja.
Oh, cerita tentang hadrah,
Abang Hamden apa khabar?
Masih main lagi lagu "Cek Mek Molek?"

Titik.
.









Sunday, February 6, 2011

feedback



Aku selak 'wajah buku' yang dah lama aku tak tengok.


Lalu aku ziarah laman kumpulan yang tertera nama aku sebagai ahli. Kumpulan desa aku. Kalau untuk Lisa Surihani aku sanggup sokong, bagi desa kelahiran aku, tidak ada alasan untuk aku sombong.
Itu pendirian aku.


Dalam banyak-banyak, ada satu entri aku yang mendapat perhatian teman-teman. 
Sekalung penghargaan aku ucapkan, sebab sudi ziarah blog kerdil aku.


Pertama kata, aku bina laman ini sebagai ekpresi aku. Sebagai anak watan. Dan dalam sekalian banyak rona dan rencah hidup masyarakat yang bergelut merempuh persekitaran mapan. 
Agar generasi akan datang boleh melihat segala yang berlaku. Sekaligus menaakaul dengan akal fikir yang telus dan persis.


Cerita salah seorang teman, tanah Usu Pida memang sudah diambil kerajaan untuk tanah kubur. Ikut harga asal. Itu hujah beliau.
"Dia nekad mau ambil balik sebab mata dia naik kemilau tanah kampung naik harga." 


Setahu aku, Usu Pida siap ambil lawyer.
Tapi aku tak tau, asalnya.
Waktu dia bagi tahu, aku cuma dengar dia buat report polis. Dan dia tak bagitau aku pun sesiapa. 


Tak silap aku, 2 tahun lepas aku pernah jumpa orang berkenaan yang berautoriti. 
Dia siap bagi liminated document. Warna putih.
Aku perasan riak wajahnya sedikit gusar dengan soalan nakal aku. Barangkali.


Aku baca sekilas.
Pada hujung surat itu, ada tanda tangan Datuk Amar Hj Awang Tengah Ali Hasan. Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II.
Itu alibi yang dah cukup kukuh, dia tegaskan.


Pada satu lampiran lain, ada surat ukur. Aku mahu baca, tapi dia tak bagi, baragkali takut aku tak faham.


Aku malas tanya panjang-panjang - sebab aku boleh baca nada dan riak mukanya yang tak selesa. 


Dari feedback baharu, Usu Pida yang bersalah. Itu kesimpulan mereka. Maksudnya, aku dipengaruhi kesan emosi yang dimainkan justeru melabelkan dia yang benar. Hingga aku ikut menyalahkan pihak yang lain. Tapi dalam hal ini, terpulanglah kepada anda untuk menilai. Aku masih neutral.


Menurut hukum demokrasi, suara terbanyak itu yang benar. Persis kes DSAI, beliau dihukum melalui cara demikian. Persepsi masyarakat terbanyak. 
Dalam hal ini, kejayaan terbesar didukung oleh  barisan media pemerintah. 




Berbalik isu entri aku, aku terima semua pandangan yang membina.
Cuma aku kurang setuju dengan serangan peribadi mahupun nista keji. 
Kita berbincang dalam suasana kemasyarakatan yang dilaung-laungkan sebagai harmonis. Tapi aku tak tuduh sapa-sapa yang mengeji. Macam lagu Anna Raffali, "Tolong ingatkan Aku".


Begitulah.


Sifir aku mudah; bangkai busuk, kalau disimpan, lama-lama orang akan hidu.


Yang hak akan tegak jua mengalahkan kebatilan.
Berani kerana benar, bukan begitu?
Tugas aku cuma di sini.


Utama, sekalian banyak peristiwa;kita kutip hikmah yang tersembunyi. 


Noktah.


.