Masih awal 20-an.
Anak-anak.
Walau gemilang mana sekalipun negeri orang, desa aku tetap nombor wahid.
Secara peribadi, desa aku paling istimewa.
Unik.
Kebudayaannya terpelihara.
Ada lagi budaya 'menurun dulang' bila hari raya, Tujuh Likur dan lain-lain ritual islamic kalenderical.
Tak kisahlah, sama ada rite de passage seperti pengilan, mahu pun wali matul urus yang lain.
Pokoknya, nilai budaya itu masih ada.
Namun, sejarah membuktikan, di sekitar lingkaran kehidupan itu terdapat satu dorongan yang amat kuat bagi kita untuk berpecah dan memerlukan bantuan orang lain untk mencari kerasionalan kesatuan dan perpaduan.
Dan atas asas politik itu adalah satu gerak kerja yang berunsurkan;
Dan atas asas politik itu adalah satu gerak kerja yang berunsurkan;
sebarang kegiatan yang ada hubungan nya dengan pengambilan keputusan mengenai pembahagian sumber-sumber dan ganjaran serta keputusan mengenai cara-cara mengatur kehidupan bermasyarakat.
(Prof. Dr Firdaus Abdullah).
Maka itu wujud konflik yang menjalari pergolakan masyarakat.
Di sini jelas, apabila sesuatu kegiatan politik mencapai satu intensity atau kehebatan yang tinggi - istilah itu menjadi lebih signifikan - atau disebut sebagai perjuangan justeru memandu kepada sekalian perjuangan yang lain dan bercapah-capah. Tidak hairanlah, petatah Melayu menyebut, sambil menyelam minum air.Kalau istilah tempatan, 'menyelam' itu menghasilkan konotasi yang berbeza.
Berbalik kepada senario politik desa kita yang tercinta; hal ini mempunyai kesinambungan.
Dalam kerencaman makna politik yang luas, mahu tidak mahu kita perlu akui bahawa seluruh kitaran hidup kita berlegar dalam ruang politik yang terbina dan terjalin semenjak wujudnya sesebuah masyarakat lagi.
Apabila satu-satu pihak saling mempengaruhi antara satu sama lain, secara tidak langsung, wujud unsur-unsur politik.
Politik bukan sekadar 'undi' dan 'pangkah'. 'Dacing' atau 'bulan'.
Bahkan lebih dari itu.
Suatu ketika dulu aku pernah bersembang dengan mantan Pemuda PBB desa. Usaha dan cara untuk mengembalikan kesatuan pemuda. Aku sekadar ketawa. Dalam nada yang berseloroh, aku jawab,
"Kita buat acara sukan bola saban tahun."
"Oh, itu bukan kerja mudah. Rumit."
"Tapi tak susah kalau kita bersatu. Boleh jadi."
"Jangankan nak anjur sukan besar-besar. Mesyuarat pun jarang-jarang. Rotong-royong potong rumput padang lagilah tak ada orang."
Aku cuma senyum.
Terkenangkan keletah kami anjur Piala Konfederasi 7 Penjuru.
Waktu mula-mula Manthez Fc ditubuhkan.
Kutip wang sendiri, potong rumput padang bola yang penuh lalang.
Yang ada, Sam Cook, Arol, Wa Ajis, Ebil dan beberapa orang teman-teman.
Pinjam engine rumput Abang Mud, sampai mata pemotong jadi tumpul.
Dalam segala hal, semangat kekitaan desa aku masih utuh. Sekurang-kurangnya sekitar dekad yang terhampir.
Namun aku sedikit gusar.
Institusi desa mula goyah. Barangkali dirempuh globalisasi. Atau sekadar tanggapan liar aku semata-mata.
Namun, dalam banyak-banyak andaian, aku lihat semua mahu pembaharuan.
Dalam erti kata yang sebenarnya.
Menyeluruh.
Bukan separuh-separuh.
Macam lagu zikir marhaban, lagu lama orang dah tak nak bawa. Bosan katanya.
Di situ, sudah timbul konflik.
Ada yang merajuk.
Tapi ada satu benda nampak sedikit gempak.
Hadrah desa sedikit meriah. Adul Sedek dah pukul drum.
Dengan baju batik rasmi baharu mereka.
Dulu aku main 'tukuk 6' saing dengan Anjang Drahman Tahir 'tukuk 7' dan 'anak sungei'.
Oh, cerita tentang hadrah,
![]() |
Sekadar gambar hiasan sahaja. |
Abang Hamden apa khabar?
Masih main lagi lagu "Cek Mek Molek?"
Titik.
.
No comments:
Post a Comment
Catatan